Sunday 29 July 2012

kuat kan lah jiwa kami...

sesungguhnya ini adalah dugaan yang paling kami semua hadapi dengan sabar.. bermula dengan assignment yang tak berkesudahan.. konflik perasaan dan emosi sering berlaku. apatah lagi kesihatan makin dipandangn sepi.

bila dah begini keadaannya, selawat sentiasa dihati.. bimbang meletup dan berasa aman jika suami dan anak sentiasa menjadi penguat semangat.. ya allah terima kasih kerana memberikan ia sebagai penawar hati.. 

hari ini agak runsing.. taklimat pbs tadi mengingatkan saya bahawa kerja bakal bertambah dan segera membuatkan aku tekad .. malam ini kerja BMP dan fALSAFAH bakal ku kerjakan sehingga siap. tekad memyudahkan set induksi untuk micro teaching... en manan punya kerja.. makan ubat buat saya hadkan kerja.. hai diri .. kuat laaa ..

bila kami belajar ulead videostudio yang tak sempat saya install , saya menjadi pendengar yang setia . malah sempat meneliti orang punya kerja .. sambil menyelam minum air ... opsss puasalaaa... 
 

Sunday 22 July 2012

Ramadhan hadir .. Sudahkah koreksi diri ??

Ramadhan ini sudahpun menjelma .. bila difikirkan layakkah kita menempuhi tanpa rasa risau amalan kita diterima atau sekadar menambah berat amalan yang merugikan ...




saya secara jujurnya masih mencari kekuatan untuk menjadikan amalan sepanjang pengajian saya rutin sepanjang Ramadhan.. banyak saya terlepas pandang dan banyak yang saya rindukan..

saya bercadang untuk mengimarahkan Ramadhan ini dengan semampu mungkin.. berikanlah saya dan hati saya kekuatan dan mantapkan jiwa kami sekeluarga dengan bakal kehilangan  selepas ini.. kuatkan hati ibu .. ya Rahim ya Rahman